Sabtu, 15 November 2014
Block Standard Yamaha RXZ
Block RXZ yang masih cun,,hanya dilicin kulit limau sahaja,,tanpa di bore terlalu agresif,,cukup sekadar melicinkan libang-lubang yang penting...
Perhatikan sahaja lubang exzos ini sekadar dilicinkan sahaja,,jika ada yang nak besarkan juga lubang exzos ini,,besarkan sebelah atas sahaja dan jangan diusik sebelah bawah....
Lihat sahaja lubang transper ports ini ,,masih seperti asal,,tidak keterlaluan untuk menipiskan bahagian ini terlalu besar,,jika terlebih usik,,mungkin susah sedikit untuk setting jet minyak serta pilot bagi ideal...
Didalam 2k masih saiz asal serta tak terusik,,,tak usik lagi bagus bahagian ini,,,
Bahagian ini pun masih tak terusik sangat,,standart maco...
Piston bersaiz 0.25 adalah masih kecil ,,baharu sekali bore,,Bukan piston RXK,,ini piston standart...
Tertulis Y - 4 serta ada titik di atas tanda tolak,,,
Di sebelah sini pula tertulis 5PV00 133CM -3 lebih kurang diatas...inilah tanda block yang original,,dan jangan sesekali tersilap,,,ada juga yang jual block yang local datang kat kedai,,dan juga jangan sesekali tersilap dengan piston saiz saja kecil akan tetapi piston besar,,piston RXK...
Semoga anda faham tentang block yang original dan lubang standard dan boleh bezakan yang terlalu agresif bore lubang-lubang yang terlalu besar..
Ekoran block RXZ yang melambung tinggi harganya,,sekitar RM1 ribu lebih-lebih bagi yang standard serta tidak di bore lubang-lubang disekitarnya...
Connecting Rod Yamaha RXZ
Connecting Rod yang original asal sekali dengan motosikal Yamaha RXZ Catalyzer,,,inilah rupanya,,,ada tertulis huruf N dekat batang Rod...
Sebelah sini pula tertulis 55K ,,Rod ini memang original bagi tontonan anda,,kalau dah berbunyi tukar saja yang asli ,,,walau asal motosikal,,kalau dah kuat berbunyi,,benda ini dah tak berguna,,hanya besi buruk...
Rod yang asli dekat kedai spare parts,,ada tertulis huruf S ,,,Sekitar harga RM160 lebih kurang,,
Sebelah sini pula tertulus 55K ,,sama sahaja seperti Rod yang asal dekat motosikal....inilah rupanya..
Inilah kotak Rod asli tertulis made in Japan serta alamat ,,Yamaha Motor Co ,,LTD ,,,2500 Shingai Iwata Shizuoka Japan...
Lebih jelas sedikit label yang di cap pada kotak ini,,,memang datang dari Japan untuk peminat RXZ...
Barangan yang ada di dalam kotak setelah dibuka,,kesemuanya ada empat kompenan dan tak lebih dari itu..
Pin piston kena beli asing kerana tidak didatangkan set...
Semoga memberi sedikit pengetahuan kepada pengunjung,,...
V - Belt Yamaha Nouvo / Ego
Belt untuk motosikal skuter,,boleh dilabelkan semua skuter mengunakan belt,,tiada yang memakai rantai..oleh kerana engine skuter berbeza daripada engine yang bukan dinamakan skuter..
Gearbox skuter pun sudah berlainan,,dimana kedudukan gearbox skuter betul-betul ditepi hub tayar belakang,,dimana berlainan dengan engin biasa yang berada didalam engine seketul...
Belt ini memerlukan yang original untuk dipasang pada motosikal ,,kerana yang local biasanya tidak menepati kelasakan motosikal ini,,,kebiasaannya yang local tidak tahan lama serta mudah putus...
Berbeza dengan yang original Yamaha,,ia tidak putus secara mengejut,,ada amaran terlebih dahulu yang boleh dirasa ketika membonceng,,
Jangan terlalu percayakan mekanik yang hanya mengaut untung,,,yang local dalam RM17 lebih kurang,,manakala yang original Yamaha sekitar RM36 libih kurang,,itu pun jika beli sendiri di spare parts..
Semoga tip-tip ini berguna pada pemilik skuter....
Primary Driven Gear Comp
Sebagai tempat clucth bagi Yamaha RXZ,,kegunaan sebagai tempat mencengkam kuasa daripada crankshaft dan terus menghantar ke gearbox ...kegunaannya juga sebagai tempat memutuskan antara crankshaft dan gearbox bagi memudahkan penukaran gear ke gear...
Jika gear Primary sudah haus dengan gear yang kecil,,,gigi dah tak ngam serta banyak free play,,berkemungkinan akan menghasilkan bunyi seperti connecting rod,,
Ketika proses membuka cover crankcase,,boleh di test tahap kehausan gigi gear yang kecil dan besar,,cuba perhatikan tahap kelegaan,,jika terlalu longgar perlu ditukar kepada yang baharu...
Gear ini boleh di periksa tahap kelegaan semasa gear di engine,,ia tidak boleh di periksa setelah ditanggal daripada engine...
Harga Primary ini boleh tahan juga,,jika yang datang dari Hong leong dalam RM500 lebih kurang,,yang kecil pula sekitar RM100 lebih-lebih kurang...
Kalau yang bukan datang dari Hong Leong mungkin murah sedikit ,,,mungkin berbaloi dari segi harga,,dari segi kualiti berkemungkinan agak kurang sedikit....
Sesiapa yang pakai RXZ yang lebih suka spare parts yang original terpaksa menanggong kos yang tinggi sedikit,,berbanding spare parts yang local.....
Langgan:
Catatan (Atom)